Wednesday, June 22, 2011

62 Bot Nelayan Diberi Permit Untuk Aktiviti Pelancongan Perikanan

Jabatan Laut Wilayah Timur mengeluarkan permit kepada 62 bot nelayan di Terengganu untuk menjalankan aktiviti pelancongan perikanan sepanjang tahun ini

Pengarahnya Rossid Musa berkata, permit itu membolehkan nelayan berkenaan membawa pelancong untuk mengalami sendiri aktiviti memancing ikan atau mencandat sotong di perairan negeri ini.

Rossid berkata, ketika aktiviti itu, nelayan berkenaan, kecuali pelancong, tidak dibenar menangkap ikan, membawa pukat dan sebagainya.

Beliau memberi ingatan bahawa nelayan yang menjalakan aktiviti berkenaan tanpa permit boleh dikenakan denda di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar sehingga RM1,000.

No comments:

Post a Comment