Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah (duduk, dua kiri) bersama orang kenamaan di dalam kereta api untuk ke puncak Bukit Bendera di Georgetown, semalam.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam merasmikan Kelab Kuda Lasak Al-Khamsa di Taman Perbandaran Pulau Pinang di sini.
Seri Paduka berangkat tiba di kelab itu pada pukul 9.10 pagi sebelum menyempurnakan majlis pemotongan pita sebagai tanda perasmian kelab itu.
Tuanku Mizan diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan presiden kelab itu A. Mutalib Ismail.
Seri Paduka kemudiannya meluangkan masa kira-kira sejam untuk melawat kandang kuda dan menyaksikan pertunjukan kuda di kelab itu, sebelum berangkat menyertai Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menaiki kereta api ke puncak Bukit Bendera.
Turut menaiki kereta api bersama Seri Paduka berdua untuk menikmati pemandangan indah bandar raya Georgetown dan kawasan sekitarnya ialah Abdul Rahman serta isteri, Toh Puan Majimor Shariff, dan Guan Eng serta isteri, Betty Chew Gek Cheng.
Pasangan Diraja itu kemudian diraikan Yang Dipertua Negeri pada majlis santapan tengah hari di Seri Mutiara sebelum Seri Paduka berdua berangkat ke Terengganu petang ini.
Al-Khamsa, kelab kuda lasak pertama di negeri ini yang siap dibina baru-baru ini di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar, mampu menempatkan hingga 30 ekor kuda.
Mutalib berkata, beliau membelanjakan lebih RM600,000 untuk membina kelab itu, yang kini menempatkan 18 ekor kuda Arab dari Australia, Russia dan Poland.
"Saya menjunjung kasih atas perkenan baginda untuk merasmikan kelab ini dan berharap ia akan merangsang Pulau Pinang untuk melahirkan penunggang kuda lasak pertamanya untuk menyertai Sukan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas upacara perasmian itu.
Beliau berkata, setakat ini, Pulau Pinang tidak mempunyai wakil untuk menyertai acara kejohanan kuda lasak pada sukan itu.
"Matlamat utama kami ialah untuk melahirkan penunggang kdua lasak dan semoga dalam tempoh dua tahun lagi, kami akan dapat melatih beberapa penunggang untuk menyertai kejohanan itu," katanya.
Mutalib berkata, kelab itu akan beroperasi sepenuhnya dua minggu lagi dan orang ramai, terutama kanak-kanak, dialu-alukan menyertainya.

No comments:
Post a Comment