Terengganu mengharapkan emas bagi bola jaring apabila bertemu Wilayah Persekutuan hari in.
Juara bertahan, skuad bola jaring Wilayah Persekutuan menepati ramalan mara ke peringkat akhir pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 setelah menumpaskan Kedah 61-37 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.
Terengganu pula menewaskan Johor 47-42 pada satu lagi perlawanan peringkat separuh akhir semalam.
Jurulatih pasukan Wilayah Persekutuan Norizan Rajab berkata beliau berpuas hati dengan prestasi konsisten anak buahnya sepanjang temasya itu dan yakin dapat mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini.
"Sudah pasti saya gembira dengan persembahan kami sepanjang temasya ini. Mereka bermain dengan baik sekali walaupun hanya melakukan persiapan selama sebulan setengah sahaja," katanya kepada pemberita hari ini.
Norizan berkata walaupun empat pemainnya baru pulang dari kejohanan jemputan di New Zealand, beliau yakin mereka tidak mempuyai masalah untuk bekerjasama dengan pemain lain.
Empat pemain terbabit ialah Nurul Shaffa Mustafa, Nurul Adha Abu Bakar, Noramirah Dayana Noor Azhar dan dan Norsyafazliyana Mohd. Ali.
No comments:
Post a Comment