Awang Abdullah (tengah) bersama James Jam Jolly dan Daveena Ramani menunjukkan hadiah yang diterima semasa Pertandingan Pidato 1 Malaysia (Bukan Melayu) di Kuala Terengganu, kelmarin.
Dibesarkan di Tumpat, Kelantan dalam lingkaran kehidupan yang sebati bersama masyarakat Melayu, Pui Tiong Gee lebih banyak berfikir dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Itu yang memberikan kelebihan buat guru itu atau nama Islamnya, Awang Abdullah, 58, menguasai dan mencintai bahasa serta kesusasteraan Melayu malah berusaha menyemarakkannya di kalangan para pelajarnya.
Lebih dikenali sebagai Cikgu Awang, dia sering bersama pelajarnya mengambil bahagian dalam aktiviti atau pertandingan yang membabitkan penggunaan bahasa kebangsaan termasuk penciptaan dan deklamasi puisi serta pidato sejak tahun 1980-an lagi.
Semalam, dia muncul sebagai juara Pidato 1Malaysia Terbuka khusus untuk golongan bukan Melayu anjuran Jabatan Penerangan negeri dengan hadiah wang tunai RM1,500 dan akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan.
Menurut guru Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun itu, pertandingan pidato seperti itu wajar diteruskan kerana ia membolehkan bakat-bakat baru dari kalangan bukan Melayu dicungkil.
"Pertandingan seumpama ini sepatutnya dimulakan dari bangku sekolah lagi dengan penglibatan lebih menyeluruh dan dijadikan tradisi tahunan bagi memupuk sifat cintakan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar bukan Melayu," katanya.
Tempat kedua dimenangi seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), James Jam Jolly yang membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala seorang lagi penuntut UMT, Daveena Ramani meraih tempat ketiga sekali gus membawa pulang wang tunai RM500.
Hadiah-hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Kemudahan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw.

No comments:
Post a Comment