Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Ahmad S
hafri Hassan berkata, penyakit yang berpunca dari virus Paramyxovirus itu sebelum ini turut dikesan di daerah yang sama yang menyebabkan lebih 2,000 ekor ayam mati."Setakat ini hanya tiga kes yang dilaporkan, namun kita merasakan mungkin banyak lagi kes yang tidak dilaporkan yang kita tidak tahu," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan rekod JPV Terengganu, terdapat lebih 87,000 ekor ayam kampung di negeri ini dan kebanyakan penternak ayam tidak memberi vaksin untuk ternakan mereka.
Dr. Ahmad Shafri berkata, kebiasaannya ayam yang terkena penyakit sampar didapati sukar bernafas dan bergerak, tengkok melentuk selain kelesuan dan bulu kelihatan pudar.
"Penyakit ini cepat merebak melalui udara, makanan dan air yang tercemar dan setakat ini penyakit ini tidak diubati melainkan diberikan vaksin pencegahan kepada ternakan untuk mengelak penyakit daripada menular," katanya.
Beliau berkata, penternak boleh mendapatkan vaksin untuk ayam mereka di Pejabat JPV Daerah.
No comments:
Post a Comment