Marah dan geram dengan sikap individu menghina Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, GanuSoccer.net petang kelmarin membuat laporan polis mengenai kes penghinaan berkenaan.
Laporan sebelum ini menyebut penghinaan itu dilakukan oleh dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.
Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.
Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, kelmarin.
Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.
Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.
"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.
"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, kelmarin.
Berikutan laporan ini beberapa blog menyiarkan rasa tidak puas hati mereka dengan komen berkenaan.Blog sejarah melayu umpamanya mengulas:
“Penyokong pasukan bola sepak terkenal dunia yang kalah final World Cup pun tak taksub seperti penyokong bola sepak di negeri PAS ini .
Kalau penyokong partinya pun taksub kepada pemimpin itu aku tak hairan sangat, tapi kalau kerana kalah saja pasukan bola sepak mereka sampai menghina Yang Di Pertuan Agong merupakan perbuatan yang melampau .
Ada ka patut 2 orang penyokong Kelantan yang bangang ini dek kerana kalah final Piala FA 2011 telah menghina Yang di-Pertuan Agong kononnya membeli perlawanan .
Budak 2 ekor yang masih hingusan ini pasti kuat menyokong PAS .PAS pun lebih kurang la kalau kalah saja pilihanraya semuanya disalahkan SPR kononnya tidak adil dan bawa pengundi hantu .
Sepatutnya budak bangang ini pi marah Daudsu Jamaluddin yang score gol sendiri pada minit terakhir perlawanan bukannya menghina Yang Dipertuan Agong .
Harap SKMM dan polis dapat menyiasat perbuatan kurang ajar ini.”
Yang penting seperti disebut GanuSoccer melalui laman twiternya: “Diharap isu penghinaan terhadap YDPA ditanggani dengan sewajarnya oleh pihak BERKUASA, isu ini bukan melibatkan kenegerian tetapi lebih kepada moral RAKYAT itu sendiri terhadap INSTITUSI keRAJAan yang ada di MALAYSIA kita. Diingat, isu KENEGERIAN tidak timbul disini, dimana jua kita berdiri, RAJA mana pun kita berdaulat, ianya harus dipertahankan demi DAULAT TUANKU itu sendiri.”
No comments:
Post a Comment