Wednesday, June 8, 2011

Irfan Bakti Kecewa Terengganu Tewas kepada Kelantan

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan kekalahan pasukannya 0-3 kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super di gelanggang sendiri, malam semalam.

Beliau kecewa terutama dengan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang juga penjaga gol skuad kebangsaan yang dilihat memberi gol mudah kedua kepada Kelantan dalam minit ke-72.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

"Sebagai penjaga gol kebangsaan, Sharbinee tidak patut meninggalkan gawang terlalu jauh dan kesilapan itu telah memberi ruang mudah kepada Kelantan untuk menambah jaringan," katanya.

Beliau berkata, pemain lain juga melakukan kesilapan besar sepanjang perlawanan dan gagal mengawal kemas setiap hantaran sehingga banyak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk mengawal bola.

Corak permainan Terengganu dilihat pincang tanpa kehadiran penyerang Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan, mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan kehilangan rentak.

No comments:

Post a Comment