Tuesday, June 7, 2011

Kelantan ‘Jual Piala FA’ Kepada Terengganu?

Siapa yang membawa khabar angin bahawa Kelantan mahu ‘menjual Piala FA’ kepada Terengganu?

Dengan niat apakah berita angin itu disebarkan?

Atau ini semata-mata perang psikologi pihak teretntu di Kelantan untuk menguji Terengganu?

Semalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyeru penyokong Red Warriors supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin bahawa pihaknya telah berunding untuk memberikan kemenangan kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini.

Khabar angin itu sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mengagalkan pasukan demi kepentingan peribadi.

Adalah tidak logik dan mustahil sama sekli jika Kelantan mahu memberi laluan kejuaraan kepada Terengganu setelah pemain menunjukkan aksi terbaik sepanjang Piala FA.

“Kita telah berjuang sehingga layak ke perlawanan akhir dan ia bukannya satu tugas yang mudah.

“Kalah dan menang adat permainan. Kami akan mencuba habis-habisan untuk muncul juara perlawanan akhir nanti,” kata Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau meminta pemain dan jurulatih tidak terpengaruh dengan khabar angin tersebut.
“Saya sudah memberitahu pemain dan jurulatih jangan percaya dengan polemik mereka yang tidak tahu majukan bola sepak.

“Saya hendak tegaskan Kelantan sebuah pasukan yang bersih dan terdidik serta dilatih dengan baik sejak hari pertama saya bentuk pasukan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokng Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) Mahizi Mahmood berharap penyokong Kelantan akan terus memberikan sokongan tanpa berbelah bagi sambil menyifatkan khabar angin itu dicetuskan bagi mengurangkan penyokong pasukan itu ke stadium.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment