Thursday, June 16, 2011

LPPKN Mempromosi Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu akan mengadakan promosi perkhidmatan kesihatan reproduktif percuma sempena sambutan Hari Bapa.

LPPKN dalam satu kenyataan memberitahu, ia akan diadakan klinik-klinik LPPKN daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun bermula 20 hingga 26 Jun ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pemeriksaan warga sihat, pemeriksaan payu dara dan pap smear, perkhidmatan perancang keluarga (tidak termasuk implanon), pendaftaran baru serta perundingan untuk perancang keluarga.

Bakal turut diadakan ialah pameran perkhidmatan LPPKN, aktiviti Kembara Kaunseling serta aktiviti untuk golongan lelaki dan bapa manakala 50 pengunjung lelaki bertuah pula akan menerima hadiah istimewa sumbangan LPPKN.

Promosi yang diadakan pada hari bekerja itu akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang (Ahad hingga Rabu) manakala pada hari Khamis pula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

No comments:

Post a Comment