
Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata ia merupakan pasar tani yang pertama s
eumpamanya di negara ini."Ini satu perubahan bagi memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Hasan berkata selain ikan segar, pelbagai produk hasil laut lain seperti jeruk tenggiri dan ikan kering serta sayur-sayuran, makanan dan buah-buahan juga akan dijual di situ.
Setakat ini, Fama telah mewujudkan 18 buah pasar tani di Terengganu dengan nilai jualannya mencecah RM20 juta setahun.
No comments:
Post a Comment