Monday, June 13, 2011

Peluang Melabur di Tasik Kenyir - Mohd Zawawi

Kemajuan dan pembangunan yang pesat di Hulu Terengganu platform terbaik bagi pelabur untuk mengintai peluang sekali gus membuat pelaburan dalam pelbagai bidang perniagaan di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail menyifatkan tindakan itu keputusan bijak kerana harga tanah di daerah ini masih belum tinggi dan pastinya keadaan itu akan berubah pada masa depan.

“Kita akui nilaian tertentu termasuk harga tanah berbeza dengan daerah lain.

“Ini sebenarnya peluang terbaik kepada pelabur untuk masuk ke daerah ini sekali gus membuat pelaburan yang akhirnya merancakkan lagi sosio ekonomi di sini,” katanya.

Mohd Zawawi berkata, sebagaimana sedia maklum, kerja ke arah menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai kini rancak dilaksanakan, apabila beroperasi kelak, sudah pasti kedatangan pengunjung ke daerah ini lebih ramai.

“Pada masa itu permintaan terhadap industri perhotelan dan pengangkutan meningkat serta harga tanah juga tinggi.

“Ia peluang terbaik pelabur dan penduduk tempatan juga perlu rebut peluang khususnya bagi menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Himpunan Penyokong Bola Sepak Terengganu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang petang kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Zawawi akan turun padang sempena Program Konvoi Sinar Harian Terengganu 2011 ke Hulu Terengganu hujung minggu ini bagi menjayakan aktiviti Sinar, YB Cikgu Awi Masuk Kampung di Kampung Tanjung Putat.

No comments:

Post a Comment