Tuesday, June 14, 2011

Pengubahan Wang Haram: Warga Singapura Direman Empat Hari

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mendapat perintah daripada Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu untuk mereman seorang warga Singapura selama empat hari bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Sharifah Fazilah Zulkifli.

Lelaki berumur 50 tahun itu ditahan di Seremban pada 8 Jun tahun ini kerana disyaki menjadi bookie bola sepak.

Pada 8 Jun, Mahkamah Majistret Kuala Terengganu mengeluarkan perintah reman empat hari ke atas lelaki itu kepada SPRM Terengganu untuk membantu siasatan dakwaan mengatur perlawanan melibatkan pasukan bola sepak Terengganu atau T-Team dalam kejohanan Piala Presiden.

Lelaki itu dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam selepas tahanan remannya tamat dan dia ditahan semula oleh pasukan pegawai SPRM dari Putrajaya.

No comments:

Post a Comment