Kerajaan Pulau Pinang wajar memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum melaksanakan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid mengikut sistem pilihan raya umum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar kiri) berkata, mengikut perlembagaan negara, segala hal yang berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Raja dan Sultan negeri masing-masing.
Beliau berkata, dalam konteks pentadbiran di Pulau Pinang yang tidak mempunyai Raja, permasalahan berkaitan agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
"Saya melihat dari sudut perlembagaan dan perundangan, kuasa Yang di-Pertuan Agong ini seolah-olah tidak dipatuhi dan cuba diingkari,” katanya kepada pemberita di Yan, kelmarin.
No comments:
Post a Comment