Tuesday, June 7, 2011

Rais Mahu Jabatan Peguam Negara Teliti Semula Status Laporan Hina Kesucian Islam

Jabatan Peguam Negara semalam diminta meneliti semula status laporan berhubung beberapa tindakan yang dikatakan menghina kesucian Islam dan kebudayaan Melayu yang berlaku dalam Internet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ini berikutan tiada kata putus daripada jabatan itu berhubung 14 laporan lengkap mengenai perkara itu yang dihantar melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Ada lima lagi kes yang sedang disusun oleh SKMM dengan kerjasama polis. Kita maklum bahawa ada pihak yang menyatakan SKMM tidak ada gigi kerana tiada tindakan tetapi dalam soal ini saya harus menegaskan proses dan prosedur undang-undang, kita tidak boleh hentam kromo kerana kita tertakluk di bawah prosedur," katanya selepas Program Jejak Adat dan anak-anak angkat pelajar Universiti Utara Malaysia di Kampung Gagu, Jelebu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengendali laman Twitter, Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan menghina kesucian Islam dalam tulisannya malahan memperkecilkan usaha SKMM dan Kementerian Dalam Negeri yang cuba menghalangnya.

Beliau berharap Jabatan Peguam Negara tidak menganggap laporan itu seperti kes-kes biasa bagi mengelakkan masyarakat mempersoal sistem perundangan negara

No comments:

Post a Comment