Tuesday, June 7, 2011

Ibu Muda Dua Anak Derita Kanser Tulang

Rasa gatal di bahagian pergelangan tangan dan benjolan kecil di atas belakang telapak tangannya sejak lima tahun lalu membawa penderitaan berpanjangan bagi Maizatul Akmal Mohd. Razmi apabila dikesan menghidap kanser tulang.

Wanita berusia 21 tahun dan ibu kepada dua orang anak itu terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada hujung tahun lepas bagi memotong dua daripada lima jari tangannya.

Menurutnya, selepas dua jarinya dipotong, kulit di bahagian lengan kanan digunakan untuk menampal di bahagian jari yang dipotong manakala kulit paha menampal bahagian lengan.

Dia ditemui selepas menerima bantuan yang dihulurkan oleh Pengerusi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) cawangan Terengganu, Mohamad Salahudin Shahabudin di Kuala Terengganu kelmarin.

Jelas Maizatul Akmal lagi, dia tidak boleh menjalankan kerja berat dan sering berasa sakit.

“Suami saya hanya kerja biasa (buruh), manakala saya hanya menjadi suri rumah,” katanya yang kini tinggal sementara bersama ibu saudara di Manir.

Mungkin Pegawai Pembangunan DUN Manir, Yusof Awang Hitam yang mempunyai klinik boleh melihat masalah ini.

1 comment:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola... boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook 'PENAWAR/UBAT KANSER'.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape... InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul....

    ReplyDelete