Pasukan mendayung Terengganu meraikan kejayaan muncul juara dalam kategori Berpasukan Lapan Lelaki akhir acara mendayung pada Sukan Malaysia di Kompleks Sukan Air Preseint 6, Putrajaya semalam.
Harapan Terengganu untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia XIV sukar digugat oleh pasukan di tangga kedua, Selangor walaupun masih ada lima emas yang dipertandingkan pada hari terakhir temasya sukan itu , hari ini.
Sehingga tamat semua acara semalam, juara bertahan dari edisi di Melaka (2010), Terengganu terus kekal di tangga teratas kutipan pingat keseluruhan dengan meraih 28 emas, tujuh perak dan 12 gangsa diikuti Selangor (24, 18, 27) dan Johor (21, 20, 11).
Perebutan untuk bergelar juara keseluruhan lebih terarah kepada Terengganu dan Selangor yang dipisahkan menerusi empat pingat emas.
Lima pingat emas ialah dari acara bola baling lelaki dan wanita (2), renang irama (1), sofbol berpasukan lelaki dan wanita (2).
Juara Sukan Malaysia sebanyak tujuh kali, Selangor yang kali terakhir bergelar juara keseluruhan pada edisi 2006 di Kedah, mencuri tumpuan hari ini dengan menambah enam pingat emas lagi.
Enam pingat emas itu diraih dari acara kabaddi lelaki dan wanita (2 emas), bola tampar pantai lelaki dan wanita (2), ping-pong perseorangan lelaki (1) dan renang irama (1).
Tambahan tiga emas daripada sukan mendayung semalam, mengukuhkan lagi cengkaman Terengganu di tangga teratas senarai kedudukan pingat dengan 28 emas.
Biarpun begitu, Terengganu sedikit tertekan kerana masih dihambat Selangor yang mengungguli hari ke-10 semalam, menerusi kejayaan membolot enam daripada 15 emas yang ditawarkan.
Dengan itu, Selangor kini memiliki 24 emas, 18 perak dan 27 gangsa.
Namun adalah mustahil untuk Selangor mengejar Terengganu, berdasarkan penyertaan negeri itu dalam acara akhir hari ini hanya melibatkan sofbol wanita dan acara kombinasi renang berirama.
Ini bermakna jumlah maksimum pungutan pingat emas yang mampu diraih Selangor adalah setakat 26 sahaja.
Sedangkan Terengganu berpeluang melebarkan kedudukan selepas menempah tiket dalam dua acara akhir iaitu sofbol lelaki dan wanita.
Lima pingat emas yang dipertandingkan pada hari terakhir hari ini ialah bola baling lelaki dan wanita (2), renang irama (1), sofbol berpasukan lelaki dan wanita (2).
Berbanding dengan edisi sebelum ini, Sukan Malaysia yang bermula secara temasya tahunan mulai tahun ini dengan berselang seli dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri, hanya mempertandingkan 19 acara pilihan.
Acara penutup Ahad akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di stadium mini MSN di Bukit Jalil.
Acara penutup akan berlangsung hari ini yang akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di stadium mini MSN di Bukit Jalil.

No comments:
Post a Comment