Sunday, June 12, 2011

Sambutan Besar-Besaran Kepulangan Pemain, Piala FA di Kuala Terengganu Petang Ini

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ucap tahniah kepada pemain terbaik, Marzuki Yusof malam semalam. - gambar Harith Fadzillah.

Sambutan secara besar-besaran dijangka diadakan menyambut kepulangan pemain-pemain dan Piala FA akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dijangka kira-kira jam 3.50 petang ini.

Pemain dan Piala FA itu dijangka akan diarak sehingga ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Malam semalam, ribuan peminat pasukan Terengganu meraikan kejayaan Terengganu menjadi juara Piala FA.

Terengganu muncul juara setelah mengalahkan musuh tradisinya Kelantan 2-1 dalam pertandingan akhir yang mendebarkan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Nordin Alias menjadi wira setelah menciptakan gol kemenangan Terengganu setelah kedudukan terikat 1-1 dalam masa tambahan.

Berpuluh-puluh buah kenderaan peminat pasukan itu mengibarkan bendera negeri dan membunyikan hon kereta sepanjang malam di seluruh negeri, dan hanya berakhir kira-kira pukul 4 pagi tadi.

Ini merupakan kejayaan Terengganu kedua Piala FA selepas tahun 2000.

No comments:

Post a Comment