
Selama empat hari, semua peserta itu dijadualkan menjelajah beberapa buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Terengganu serta Kelantan sepanjang konvoi tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, konvoi seumpama itu dapat menguji kesabaran dan kecekalan setiap peserta selain meningkatkan semangat kerjasama di kalangan mereka.
"Pasukan kembara ini akan mengadakan program komuniti di Selangor, Terengganu dan Kelantan.
"Selepas itu, mereka akan memulakan perjalanan ke Baling, Kedah dan pulang ke Pulau Pinang pada Jumaat ini," katanya.
No comments:
Post a Comment