Friday, July 8, 2011

Ajaran Sesat Jaja Tok Ku Paloh

“Ilmu yang mereka katakan itu bukan diajar arwah datuk saya,” kata Syed Mustapha Syed Abdullah, 67, cucu kepada ulama tersohor, Engku Syed Abd Rahman Syed Abdullah atau Tok Ku Paloh yang meninggal dunia di usia 100 tahun pada September 1917.

Beliau merujuk kepada tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan ajaran sesat dengan mengaitkan amalan dilakukan adalah tinggalan Tok Ku Paloh.

“Ramai juga datang merujuk ilmu tertentu dengan saya bagi mengesahkan sama ada ia daripada Tok Ku Paloh atau sebaliknya, tetapi apa yang membuatkan saya sedih apabila kebanyakannya belajar ilmu yang tidak pernah diajar Tok Ku Paloh.

“Ilmu kebal, sembahyang pakai niat tanpa perbuatan serta pelbagai lagi cabang ilmu yang jarang didengari didakwa ilmu Tok Ku Paloh, tetapi sebenarnya ia palsu dan tidak pernah diajar arwah datuk,” katanya.

Beliau berkata, ada segelintir peniaga meletakkan gambar didakwa Tok Ku Paloh di dinding premis mereka kononnya untuk mendapatkan berkat ulama berkenaan bagi melariskan perniagaan.

No comments:

Post a Comment