Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang tidak pasti sama ada akan menyertai atau sebaliknya temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang akan berlangsung di Shenzen, China, dari 12 hingga 23 Ogos ini.
Mohd Azizulhasni, 23, berkata, sehingga hari ini beliau masih belum menerima sebarang tawaran mahupun jemputan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk mewakili negara ke temasya tersebut.
"Saya hanya dapat tahu dipilih mewakili negara melalui laporan media, namun jika terpilih saya bersedia untuk menggalas cabaran tersebut,” katanya kepada Bernama semalam.
Pelumba dari Terengganu itu berkata beliau terkejut apabila laporan media menyebut bahawa KPT menjadikan dirinya sebagai sandaran pingat emas pertama di Shenzen nanti.
"Sekiranya beraksi di Universiade saya akan pastikan bahawa ia tidak akan menjejaskan tumpuan persiapan saya ke temasya Olimpik London yang berlangsung pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment