Tuesday, July 12, 2011

APMM Selamat 4 Pemancing Hanyut Dekat Pulau Tenggol

Empat orang pemancing yang hanyut di perairan Pulau Tenggol di Dungun selepas enjin bot mereka rosak semalam diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Maritim APMM Kuala Terengganu, Kapt Adam Aziz, berkata keempat-empat pemancing berkenaan berada dalam keadaan keletihan semasa ditemui pada 6.20 petang di kedudukan enam batu nautika dari Pulau Tenggol.

Beliau berkata, bot itu ditunda ke jeti Kuala Dungun selepas anggota APMM memberikan bantuan dan pertolongan kepada pemancing berkenaan.

"Semasa kejadian, cuaca adalah buruk dan keaan ombak besar," katanya.

Adam menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai keadaan cuaca sebelum keluar memancing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

No comments:

Post a Comment