Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Rosmah Mansor bergambar bersama Pasukan Bakisa di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Bakisa) muncul sebagai juara pada perlawanan badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011, petang semalam.
Pasukan yang diterajui Datin Seri Faridah Tussin menewaskan pasukan Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat BN (Bakti) yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bagi pertandingan boling, Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Perak (Baiduri) menjadi juara dan salah seorang daripada pemainnya iaitu Datin Azizah Salleh diumumkan sebagai pemain terbaik.
Kesemua hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.
Kedua-dua pertandingan itu adalah sebahagian daripada acara yang memeriahkan pertemuan tahunan itu dan kali ini Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) menjadi tuah rumah.
Program selama tiga hari dan berakhir hari ini disertai 478 peserta mewakili 14 kontinjen dari seluruh negara dengan acara-acara yang bermatlamat meningkatkan semangat kesukanan, mengukuhkan perpaduan dan mengerat ikatan persaudaraan.
No comments:
Post a Comment