Friday, July 29, 2011

Datuk Tiga Cucu, Sahabat Dutuduh Edar Dadah

Muntai Kuthar Bhaks di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, kelmarin.

Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, kelmarin atas tuduhan mengedar heroin yang dianggarkan seberat 21 gram, pertengahan bulan ini.

Muntai Kuthar Bhaks, 58, yang juga datuk kepada tiga cucu dan rakannya, Mohd. Badrol Ngah, 36, didakwa mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu pada pukul 12.30 tengah malam, 14 Julai lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Di bawah akta tersebut, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati. Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela.

Majistret Norazizah Yusof menetapkan 12 September ini sebutan semula kes bagi membolehkan ujian kimia dilakukan untuk mengenal pasti berat sebenar dadah berkenaan.

Muntai Kuthar memang tidak serik!

Biarpun sebelum ini pernah ‘merasa’ kehidu-pan di dalam tirai besi atas kesalahan jenayah dadah, namun bagi datuk kepada tiga cucu ini, pengalaman itu tidak memberi sebarang kesan yang positif dalam hidupnya.

Mengikut kertas pertuduhan, warga emas itu bersama rakannya pada 14 Julai lalu pada jam 12.30 tengah malam bertempat di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu telah me-ngedar dadah berbahaya jenis Heroin seberat 21.0 gram.

No comments:

Post a Comment