Sunday, July 17, 2011

Dua Lelaki Berdepan Hukuman Gantung

Maliki Ismail (kanan) dan Mohd. Nasir Abdul Ghani dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah di Kuala Terengganu, kelmarin.

Dua lelaki masing-masing berhadapan dengan hukuman di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah, awal bulan ini.

Mohd. Nasir Abdul Ghani, 28, yang bekerja sebagai nelayan didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 75 gram (g) di Kampung Baru Seberang Takir dekat Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.45 petang, 1 Julai lalu.

Sementara Maliki Ismail, 48, yang merupakan seorang pemandu lori didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 23gm di sebuah pondok pengawal Klinik Kesihatan Batu Rakit kira-kira pukul 10 malam, 1 Julai lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh juga positif dadah selepas ujian air kencing mereka dijalankan.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.

Majistret Noradila Abd. Latif menetapkan harin ini untuk sebutan semula kes Mohd. Nasir manakala kes Maliki disebut semula pada 25 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment