Sunday, July 17, 2011

Poslaju Buka 11 Cawangan Baru Termasuk di Dungun

Pengendali syarikat kurier nasional, Poslaju Malaysia (Poslaju) akan membuka 11 lagi cawangan di seluruh negara bagi meluaskan aktiviti penghantaran cepat serta menambah nilai perkhidmatannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Nor Azizan Tarja berkata cawangan baru itu akan dibuka di Jitra, Kedah; Kuala Kangsar dan Parit Buntar, Perak; Machang, Kelantan; Dungun, Terengganu; Keningau, Sabah; Port Dickson dan Bahau, Negeri Sembilan; Kota Tinggi dan Mersing, Johor serta Alor Gajah, Melaka.

"Pembukaan cawangan baru itu, yang dijangka selesai menjelang akhir tahun ini, akan dapat memberi perkhidmatan penghantaran mel yang cekap dan berkesan kepada pelanggan syarikat kurier terbabit," katanya kepada media pada majlis perasmian cawangan poslaju di Jerteh.

Nor Azizan berkata sebelum ini, perkhidmatan poslaju terpaksa menumpang di Pos Malaysia, menyebabkan ia mengalami pelbagai kesulitan, termasuk sumber manusia yang terhad.

Beliau berkata tahun lepas, poslaju berjaya mengendali 19 juta item dengan perolehan pendapatan RM200 juta.

Katanya, dengan pembukaan cawangan baru itu, Poslaju menyasarkan jumlah pengendalian item meningkat kepada 20 juta item dengan perolehan RM260 juta.

No comments:

Post a Comment