Wednesday, July 6, 2011

Isteri Wakil-Wakil Rakyat Mulai Tiba di Terengganu

Sembilan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional dari pelbagai negeri di jangka tiba di Terengganu secara berperingkat-peringkat bermula semalam.

Manakala tiga lagi pertubuhan lagi termasuk, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dijangka tiba awal pagi ini (6 Julai).

Kedatangan pertubuhan itu bagi menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia 2011 yang akan berlangsung di Terengganu selama empat hari dan berakhir 9 Julai ini.

Setiap ahli pertubuhan akan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Terengganu (Serikandi) selaku tuan rumah.

Antaranya termasuk kejohanan badminton, boling, perlawanan classic plate, persembahan Ulek Mayang dan Malam Sentuhan Songket.

Majlis pembukaan program akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada esok jam 8.30 pagi di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Manakala Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton dan Boling di Stadium Negeri, Kuala Terengganu serta Malam Sentuhan Songket (malam penutup) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment