Friday, July 29, 2011

JPJ Terengganu Keluar 506 Saman, Tahan 12 Pemandu Dalam Ops Pengarah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Terengganu mengeluarkan 506 saman dan menahan 12 pemandu kerana positif dadah dalam operasi bersepadu 'Ops Pengarah' selama tiga hari hingga Selasa lalu di sekitar daerah Kemaman dan Dungun.

Operasi dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK); dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata antara kesalahan yang paling banyak dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai nombor pendaftaran kenderaan dan cermin gelap.

Katanya, saman yang paling banyak dikeluarkan adalah kesalahan cermin gelap iaitu sebanyak 108 kes diikuti kesalahan cukai jalan tamat tempoh sebanyak 85 kes dan lesen memandu tamat tempoh 79 kes.

Katanya, operasi yang sama akan diteruskan daerah-daerah lain dan sekitar negeri ini daripada semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment