Jabatan Penerangan Negeri Terengganu bakal menganjurkan program Kembara Ramadan ke seluruh negeri selama enam hari bermula 3 Ogos ini.
Pengarahnya, Azizah Awang, berkata program bertujuan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara yang jatuh pada Ramadan selain membangkit dan mengekalkan semangat jati diri serta semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
"Program merupakan aktiviti kembara bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan negara. Selain itu diadakan pertandingan foto merdeka dan juga kempen kibar Jalur Gemilang," katanya.
Puan Azizah berkata, Kembara Ramadan menggantikan program tahunan Semarak Merdeka Jalur Gemilang yang menjelajah seluruh negeri.
"Program itu akan diadakan di masjid atau rumah-rumah anak yatim dengan mengadakan majlis berbuka puasa, bertarawih, bersahur serta mengedarkan Jalur Gemilang dan lain-lain," katanya.
No comments:
Post a Comment