Tuesday, July 12, 2011

Kerajaan Negeri Sedia Kemudahan Dalami al-Quran

Kerajaan negeri komited dalam usaha menyediakan kemudahan kepada masyarakat Islam mendalami ilmu agama, khususnya pembelajaran al-Quran.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda, berkata penubuhkan Institut Al-Quran Terengganu (IQ) selaras dengan hasrat kerajaan memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

“Kerajaan mahu menggalakkan masyarakat di negeri mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran sesuai dengan tuntutan agama,” katanya ketika berucap pada majlis Haflu al-Takrim al-Sanawi IQ, di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, kelmarin.

Seramai 258 pelajar IQ iaitu 228 pelajar program Pengajian Kulliyah al-Furqan, 18 pelajar program Persijilan Tahfiz dan 12 pelajar program Diploma Tahfiz menerima sijil dan diploma masing-masing.

Wan Ahamad turut memberitahu penubuhan IQ memberi sumbangan besar kepada pelbagai pihak berikutan mampu melahirkan lebih ramai qari dan qariah serta menjadi rujuk memperbetulkan taranum dan bacaan al-Quran.

No comments:

Post a Comment