Saturday, July 30, 2011

Lebih Banyak Penerbangan Terus Dari LTSM ke Madinah, Jeddah - Ahmad Said


Ahmad Razif yang mewakili Menteri Besar berucap pada Majlis Perasmian Operasi Penerbangan Terus Umrah 2011 di LTSM. - Gambar oleh Harith Fadzillah

Kerajaan Terengganu akan menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah atau Jeddah, bagi membawa orang ramai menunaikan umrah pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata sebanyak 10 hingga 15 trip umrah dirancang pada tahun depan bagi membawa penduduk Pantai Timur mengerjakan umrah di Tanah Suci.


“Kerajaan negeri melihat program ini (penerbangan umrah terus dari LTSM ke Madinah/Jeddah) sebagai langkah bijak untuk agensi-agensi pengendali umrah menjadikan LTSM sebagai pintu gerbang (hab) untuk operasi penerbangan umrah bagi penduduk Pantai Timur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Operasi Penerbangan Terus Umrah 2011 di LTSM. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menteri Besar semalam berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri Mesyuarat majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Seramai 450 orang akan menunaikan umrah melalui penerbangan terus ke Madinah di mana
ia julung kali diadakan di negeri ini.

Melalui program pertama operasi umrah penerbangan terus awal tahun ini, mereka yang terlibat dibawa dengan pesawat MAS dari LTSM ke Jeddah.

Menteri Besar berkata, penduduk negeri ini perlu bersyukur kerana kerajaan negeri prihatin dalam menyediakan kemudahan seperti itu bagi kemudahan mereka menunaikan umrah dan haji.



Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment