Saturday, July 30, 2011

Perhimpunan Agung Umno 2011 Pada 29 Nov Hingga 3 Dis

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak memotong pulut kuning sempena sambutan hari jadinya ke-58 sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, petang semalam.

Perhimpunan Agung Umno 2011 akan diadakan pada 29 Nov hingga 3 Dis tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno berkata perhimpunan dimulakan dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti - Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri - pada 29 Nov.

"Perhimpunan Agung pula diadakan pada 1 hingga 3 Dis," katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn di sini.

Beliau berkata sempena perhimpunan lima hari itu, satu forum antarabangsa bersama-sama delegasi luar negara akan diadakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad turut menyertai mesyuarat MT di Menara Dato Onn semalam.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata mesyuarat MT Jumaat memutuskan untuk menarik balik penggantungan enam anggota Umno.

Empat daripada mereka ialah dari Bahagian Rantau Panjang, Kelantan iaitu Datuk Mohd Zain Ismail (bekas Ketua Umno bahagian); Ghazali Ismail (bekas Timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga tahun pada September 2008.

Dua anggota lagi iaitu Rosli Hasan (Bahagian Bukit Katil, Melaka) digantung tiga tahun mulai Mac 2009 manakala Amran Mat (Bahagian Kuala Krai, Kedah) digantung setahun mulai Mac 2009.

Semasa ditanya sama ada warna merah akan menjadi simbol perjuangan Umno pada pilihan raya umum akan datang memandangkan kebanyakan negeri memilih warna itu sebagai strategi kempen mereka, Najib berkata terpulang kepada negeri kerana merah merupakan warna Umno.

"Kita pilih warna yang sesuai, Kelantan dan Kedah memilih gelombang merah, Terengganu pula gelombang biru, terpulang... (ini) kerana merah merupakan satu warna yang agak menyala dan dapat menaikan semangat anggota dan penyokong Umno," katanya.

Mengenai strategi pembangkang yang akan menjalankan kempen politik secara agresif pada Ramadan, sedangkan beliau sendiri akan mengurangkan aktiviti turun padang ke negeri-negeri kerana berehat untuk menjalani pembedahan kecil di lutut pada Isnin ini, Najib berkata Umno akan menumpukan kepada program berbentuk ibadat pada bulan puasa.

"Pembangkang dalam kepala mereka hanya politik. Bulan puasa kita buat ibadat dan bagi sumbangan kepada anak yatim dan warga tua,"

No comments:

Post a Comment