Syarikat besi terkemuka Malaysia, Hiap Teck Venture Berhad (HTVB) menandatangani perjanjian usaha sama dengan firma China, Shougang International Trade and Engineering Corporation di Beijing, kelmarin untuk mendirikan kilang besi bersepadu di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.
Menteri Kaunselor Kedutaan Malaysia dan Timbalan Ketua Misi Lim Juay Jin dan Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian.
Fasa pertama projek itu melibatkan pelaburan bernilai 1.6 bilion Yuan, dengan kapasiti tahunan 700,000 tan metrik yang akan dipertingkat kepada 1.5 juta tan metrik, menurut Pengerusi HTVB Tan Sri Dato' Alwi Jantan.
Kilang ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013.
"Waktunya adalah tepat oleh kerana kerjasama itu menyusul selepas pertukaran lawatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China," kata Alwi pada majlis itu.
No comments:
Post a Comment