Thursday, July 7, 2011

Pelajar IPTA Mengaku Tidak Bersalah Dituduh Miliki Baju-T ‘Bersih’

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam terhadap tuduhan memiliki baju yang memaparkan kepentingan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

Mohd. Hazimin Harun, 22, pelajar Universiti Sains Islam di Nilai, Negeri Sembilan, didakawa memiliki 22 helai baju bertulisan “Bersih” dan empat helai baju bertulisan “Bersih 2.0” yang dikeluarkan bagi kepentingan satu pertubuhan haram iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Baju-baju berkenaan dijumpai oleh polis hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki Mohd. Hazimin di hadapan sebuah pasar raya di Bukit Payung pada 11.15 malam 29 Jun lepas.

No comments:

Post a Comment