Sunday, July 24, 2011

Plastik Yang Dibuang Ke Laut Punca Penyu Mati

Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia) percaya plastik yang dibuang ke dalam laut adalah antara punca menyebabkan penyu mati.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu dan Tuntung Laut Terengganu, WWF-Malaysia, Rahayu Zulkifli berkata ini kerana plastik yang dibuang ke laut dan terapung-apung di permukaan air itu disangka penyu sebagai obor-obor, iaitu makanannya.

"Sebab itu apabila kita jumpa penyu mati kita dapati dalam perutnya mengandungi plastik," katanya ketika ditemui pada Kempen "Lindungilah Penyu Kita" di Dungun.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat khususnya nelayan supaya bekerjasama dan tidak membuang plastik ke dalam laut.

Rahayu berkata, antara tujuan WWF-Malaysia mengadakan kempen itu ialah untuk memberi kesadaran kepada masyarakat khsusnya para nelayan supaya jangan buang plastik ke laut kerana ia merbahaya kepada penyu.

"WWF sudah mengambil pelbagai usaha untuk menambahkan populasi penyu termasuk bekerjasama dengan Jabatan Perikanan membeli telur penyu untuk dieram," katanya.

Rahayu berkata, penyu belimbing antara spesis semakin terancam kerana sejak 2000 kurang daripada 10 sarang setahun ditemui di Terengganu berbanding 10,000 sarang setahun pada 1950-an.

Katanya, penyu akar juga dikategorikan sebagai penyu terancam walaupun penyu itu masih banyak lagi mendarat atau naik bertelur di Terengganu.

Beliau berkata, kempen "Lindungilah Penyu Kita" yang dijalankan WWF mendapat sambutan pelbagai gologan termasuk pelancong luar negara.

"Kira-kira 400 orang termasuk pelancong yang hadir pada majlis itu menandatangi akujanji bagi menyelamatkan penyu dengan tidak memakan telur haiwan berkenaan," katanya.

Jabatan Perikanan Terengganu dan Persatuan Khazanah Rakyat daerah Kerteh, Kemaman turut menyetai kempen itu dengan mampamerkan pelbagai gambar untuk kesedaran orang ramai terhadap penyu.

No comments:

Post a Comment