Thursday, July 14, 2011

Polis Thailand Bantu Kesan Kak Yah

Polis Terengganu sedang bekerjasama dengan polis Thailand bagi mengesan dan menjejak seorang bomoh wanita bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki ketika mendapatkan rawatan di rumah wanita itu di Pulau Rusa, Marang bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihak polis percaya bomoh yang dikenali dengan nama 'Kak Yah' yang berketurunan Siam itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Katanya, pihak polis telah mendapatkan butiran penuh daripada suami suspek dan sedang berusaha mengesan suspek.

"Kita telah berusaha bersama pihak polis Thailand untuk mengesan suspek yang
dipercayai bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand," katanya ketika ditemui di
pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan, polis juga telah membebaskan suami suspek dan akan
dijadikan saksi polis berikutan siasatan yang dijalankan. - Bernama
Zakaria berkata, musim kemuncak pendaratan penyu di Terengganu antara Jun dan Julai.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai penyu kepada 1,838 orang dalam tempoh enam bulan tahun ini.

No comments:

Post a Comment