Wednesday, July 20, 2011

Sedia 3,137 tapak bazar Ramadan

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 3,137 tapak niaga di Bazar Ramadan bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Permit mula ditawarkan kepada orang ramai sejak 5 Julai lalu bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan di 26 lokasi yang ditetapkan.

Setiausaha MBKT, Samiun Salleh berkata, bayaran bagi setiap petak niaga antara RM70 hingga RM150 bergantung kepada lokasi dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan syarat am permohonan permit itu, tambahan bayaran RM30 perlu dibuat bagi peniaga air tebu, air kelapa, ayam bakar, ayam pusing dan ikan bakar yang menggunakan arang.

"Setiap tapak bazar diselia oleh penganjur dan persatuan-persatuan bagi memastikan sebarang proses dan urusan perniagaan berjalan lancar di bawah satu bumbung," katanya kepada media di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment