

Majlis tersebut yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Terengganu, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz, diadakan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk.
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan (Exco), wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Majlis berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Surah Yaasin dan tahlil dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah.

Sempena program berkenaan turut diadakan kejohanan sukan mulai 7 Julai hingga 9 Julai, yang disertai 14 pasukan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Menteri Besar akan merasmikan program berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi esok manakala Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan menyempurnakan majlis penutup serta menyampaikan hadiah kepada pemenang pada sebelah petang, 9 Julai.

No comments:
Post a Comment