Wednesday, July 6, 2011

Tertarik Tawaran RM100j Lelaki Kehilangan RM48 Ribu

Teruja dengan janji seorang rakan Internet luar negara yang mahu memasukkan derma untuk anak yatim berjumlah lebih RM100 juta, seorang lelaki kerugian RM148,000 kononnya sebagai bayaran proses membolehkan dana berkenaan dipindahkan ke Malaysia.

Mangsa, seorang pekerja syarikat swasta menerima e-mel daripada seorang lelaki dari Britain pada 23 November tahun lalu, menawarkan derma daripada seorang lelaki Arab berjumlah AS$33.4 (RM100 juta) yang disimpan di sebuah bank di United Kingdom.

Difahamkan suspek menawarkan wang berkenaan untuk dimasukkan ke akaunnya bagi diagihkan kepada anak-anak yatim di Malaysia.

E-mel itu beberapa kali mengganggu mangsa yang berasal dari Gong Badak di Kuala Terengganu, tidak diendahkan sepanjang tahun lalu sehinggalah dia dihubungi kembali oleh suspek lain pada Mac lalu.

Selepas beberapa cubaan, suspek berjaya meyakinkan mangsa melalui beberapa e-mel supaya menerima kiriman wang yang dikatakan diamanah lelaki Arab berkenaan untuk anak-anak yatim.

Selain e-mel, suspek turut membuat panggilan telefon bagi meyakinkan mangsa mengenai kewujudan dana berkenaan.

No comments:

Post a Comment