Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin perkenan menyempurnakan upacara Penyampaian Hadiah dan Penutup Kejohanan Motosikal Lasak Asia (FIM) 2011 yang berlangsung di Trek Sukan Lasak di Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Terengganu kelmarin.
Sebelum itu, baginda turut meluangkan waktu menyaksikan perlawanan akhir Kategori MX2, dan Terengganu buat julung kalinya bertindak sebagai tuan rumah pada kejohanan antarabangsa itu.
Turut mengiringi baginda adalah Tengku Seri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman, Tengku Sri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Rozi Mamat serta ahli mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain.
Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD10, 000 (RM30,000) itu menyaksikan pembabitan 150 peserta daripada lapan negara antaranya Jepun dan Iran.
Sementara itu, pemenang Kategori MX2, Thanarat Penjan, 19, dari Bangkok, Thailand yang muncul juara turut berpuas hati dengan rekod yang dicatatkan itu dan ia kemenangan pertama peringkat antarabangsa yang disertainya.
“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dan kemenangan ini dijangka berikutan dalam ujian masa sebelum ini saya mengatasi pelumba yang lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment