Wednesday, July 13, 2011

Wan Hisham Dilantik Sebagai Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia

Datuk Wan Hisham Wan Salleh dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia di Mesyuarat Agung Persatuan Pelayaran Malaysia yang ke-14 yang diadakan di Pusat Maritim Putrajaya baru-baru ini.

Beliau juga merupakan Pengarah Syarikat T-Best Events yang mengendalikan acara Piala Monsun di Pulau Duyong, Terengganu yang kini bertanggungjawap menaikkan nama Malaysia dalam arena sukan ini.

Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia dan juga selaku Pengerusi KFC Holdings (Malaysia) Berhad dan Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation, Kamuruzzaman Abu Kassim, berkata kejohanan itu menjadikan Malaysia dikenali di mata dunia dalam arena sukan kapal layar.

Selain itu ia memberikan kesan positif yang mendalam terhadap negara serta penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment