Kerajaan Negeri meluluskan permohonan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk memasang 25 CCTV baru di sekitar bandar raya ini b
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya berharap tambahan CCTV tersebut dapat membantu mengurangkan masalah jenayah di sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu.
Pada masa ini MBKT sudah memasang 25 CCTV di sekitar bandar ini bagi tujuan yang sama.
Beliau turut meminta masyarakat tempatan tidak perlu takut memberi maklumat kepada polis jika mereka menjadi saksi kejadian jenayah, agar penjenayah dan mereka yang t
Beliau menyatakan perkara itu selepas melawat dua mangsa ragut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, petang semalam.
Sambil itu masyarakat tempatan perlu sentiasa bersedia membantu pihak berkuasa mencegah jenayah dengan cara menyalur pelbagai maklumat yang diperlukan.
Ahmad Said berkata tujuannya ialah membolehkan mereka yang terlibat dengan jenayah dibawa ke muka pengadilan.
“Jika orang ramai tengok kes ragut misalnya, mereka perlu lapor kepada polis jika mereka cam nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan peragut,” katanya.
Maleha Abdul Malek dan adiknya, Mazida menjadi mangsa ragut dua hari lalu di mana kedua-duanya terlibat dalam kemalangan selepas mereka diragut.
Keadaan Maleha dilaporkan stabil, tetapi adiknya Mazida yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan masih belum sedarkan diri.

No comments:
Post a Comment