Tuesday, August 16, 2011

4,241 Dapat Durian Runtuh Sempena Aidilfitri di DUN Sura

Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat warga komuniti sekitar Dun Sura apabila 4,241 daripada mereka menerima ‘durian runtuh’ daripada Kerajaan Negeri.

Pegawai Pembangunan Dun Sura, Datuk Rosli Mat Hassan berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.18 juta untuk diagihkan kepada rakyat di sekitar Dun Sura.

Beliau berkata, jumlah itu mewakili sembilan kawasan peti undi dengan kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanah Lot adalah paling ramai menerima bantuan terbabit dengan jumlah RM98,000.

“Kita akan agihkan kesemua wang dana ini mengikut peti undi masing-masing.

“Setiap agihan kita akan mengatur seorang penceramah daripada jawatankuasa Umno bahagian untuk menyampaikan amanat kepada penerima dana itu nanti,” katanya ketika melengkapkan dokumentasi bayaran berkaitan pembayaran dana itu di kediamannya pagi kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosli juga turut mengingatkan penerima dana itu nanti agar menggunakan sebaiknya wang yang diterima untuk membuat persediaan bagi menghadapi Aidilfitri nanti dan tidak dibelanjakan untuk perkara yang boleh mendatangkan pembaziran.

No comments:

Post a Comment