Thursday, August 4, 2011

812 PATI Mendaftar di Terengganu Sejak Hari Pertama

Sejumlah 127,049 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah didaftarkan melalui 197 pejabat Imigresen dan 336 syarikat pengurus sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang bermula Isnin lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan jumlah pendaftaran PATI paling tinggi iaitu 5,306 orang, Selangor (4,822), Perak (4,295), Kedah (4,026), Negeri Sembilan (3,021), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,783), Pulau Pinang (2,395), Johor (2,346), Pahang (1,849), Melaka (977), Terengganu (912), Kelantan (793), Perlis (394) dan Wilayah Persekutuan Labuan (54).

"Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah, sejumlah 733,662 telah direkodkan sehingga semalam, yang berdaftar menerusi pejabat Imigresen, atau 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing di negara ini.

"Jumlah itu tidak termasuk sektor pembantu rumah," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Katanya Sabah yang telah memulakan pendaftaran PATI lebih awal iaitu bermula 18 Julai lalu, negeri itu telah merekodkan 137,217 orang dan usaha itu akan diteruskan sehingga Isnin depan.

Beliau berkata Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sahnya bermula Isnin lalu, sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 8,311 direkodkan menerusi 28 kaunter Pejabat Imigresen di 11 Bahagian seluruh Sarawak.

No comments:

Post a Comment