Atlet Angkat Berat Giat Berlatih Pada Ramadan
Kesemua atlet angkat berat kini giat menjalani latihan sebagai persediaan menyertai Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Bukit Jalil yang dijadualkan pertengahan September ini.
Sesi latihan yang diadakan setiap hari itu termasuk sepanjang bulan puasa ini adalah untuk memastikan momentum dan stamina atlet berada dalam keadaan baik bagi membolehkan mereka memberi saingan.
Setiausaha Persatuan Angkat Berat Negeri Terengganu, Abdullah Awang berkata, kebanyakan atlet yang giat menjalani latihan ini juga terdiri daripada atlet Sukan Malaysia (Sukma) untuk mewakili Terengganu nanti.
“Kesemua mereka kini menjalani latihan di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Gong Badak dan sepanjang bulan puasa ini ia lebih tertumpu pada latihan asas.
“Justeru, dengan adanya latihan berterusan ini, atlet bukan sahaja dapat membanggakan rakyat negeri ini, sebaliknya membawa nama Malaysia nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment