Thursday, August 4, 2011

Atlet Berbasikal Jalani Latihan di Chiang Mai

Skuad berbasikal lebuhraya negara kini menjalani latihan di Chiang Mai, Thailand sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA, Indonesia 2011 yang dijadualkan berlangsung pada November nanti.

Pengarah Cawangan Elit Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN) Arrifin Mohd Ghani berkata seramai 33 orang atlet negara terdiri daripada atlet elit dan pelapis serta beberapa atlet negeri Terengganu bertolak ke Chiang Mai pada Isnin (1 Ogos) dan akan menjalani latihan selama 28 hari di sana.

"Saya fikir atlet berbasikal kita tidak akan mempunyai masalah walaupun terpaksa menjalani latihan dalam bulan Ramadan kerana kebanyakan daripada mereka terdiri daripada atlet yang berpengalaman.

"Lagipun kita ada menghantar bersama pegawai pemakanan dari Institut Sukan Negara (ISN) bagi menjaga diet pemakanan atlet sepanjang berada di sana,” katanya kepada Bernama di semalam.

Arrifin berkata MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memilih Ching Mai kerana bentuk lebuhraya dan geografinya hampir sama dengan Indonesia.

No comments:

Post a Comment