Thursday, August 25, 2011

Cubaan Ke Akhir Piala Malaysia Kali ke-11 Untuk Terengganu

Pasukan Terengganu berhasrat untuk memadamkan rekod 10 tahun gagal ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Bagi merealisasikan impian itu, Ketua Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, skuad Penyu perlu berusaha lebih keras apatah lagi pasukan itu berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan, Selangor PKNS dan Kuala Lumpur Sime Darby.

Pertembungan empat pasukan yang disenaraikan dalam kumpulan B itu memerlukan skuad kendalian Irfan Bakti membaca rentak permainan serta tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan.

"Saya sering kali mengingatkan pemain untuk tidak memandang mudah dengan kebolehan lawan jika ingin memadamkan rekod 10 tahun tidak layak ke final Piala Malaysia,” katanya semalam.

Ditambah dengan pengalaman tujuh pemain yang terpilih dalam pasukan kebangsaan, Irfan Bakti yakin tahun ini ialah tahun terbaik untuk Terengganu menjuarai Piala Malaysia.

Setakat ini, pencapaian terbaik pasukan Terengganu adalah melangkah ke peringkat separuh akhir dalam Piala Malaysia.

No comments:

Post a Comment