Thursday, August 25, 2011

22 Kekosongan Penghulu Belum Diisi?

Terdapat 22 kekosongan bagi jawatan penghulu mukim di negeri ini yang belum diisi sehingga kini.

Menurut sumber, pentadbiran negeri telah mengemukakan maklumat mengenai kekosongan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri untuk dibuat pengisian.

Bagaimanapun mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam pada 6 Mei lalu telah memutuskan bahawa pengambilan baru dibekukan sehingga akhir bulan ini.

Pada masa ini terdapat 66 penghulu dengan Kuala Terengganu mencatat bilangan (17 orang), diikuti Besut (12), Kemaman (9) Dungun (8), Marang (8), Hulu Terengganu (6) dan Setiu (6).

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment