Thursday, August 25, 2011

Ikan tongkol nasi dagang mencukupi - LKIM


Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bahawa bekalan ikan tongkol atau ikan aya untuk dijadikan lauk nasi dagang adalah mencukupi pada hari raya nanti.

Pengarah LKIM Terengganu, Mohd. Saffe Mohd. berkata kebanyakan peniaga atau persatuan nelayan sedang menyimpan stok ikan tongkol untuk dijual pada musim perayaan nanti.
"Kita mengharapkan tidak ada masalah, sebab kita boleh mendapatkan bekalan ikan aya daripada negeri-negeri lain sekiranya perlu,” katanya.

Mohd. Saffe berkata, daging ayam atau daging lembu boleh juga dijadikan lauk nasi dagang sekiranya ikan tongkol tidak ada.

No comments:

Post a Comment