Saturday, August 27, 2011

Jangan Beli Tiket Bas Menerusi Ulat Tiket - SPAD

Gambar Hiasan....penumpang mula pulang kampung untuk Aidilfitri.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam menasihati orang ramai agar tidak menggunakan khidmat ‘ulat’ untuk mendapatkan tiket bas ekspres atau bas tambahan di mana-mana terminal atau luar kawasan terminal pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membeli tiket daripada pengusaha yang sah melalui kaunter penjualan tiket yang dibenarkan sahaja untuk mengelak berlakunya penipuan dan caj harga tiket yang berlebihan.

"Kami menyarankan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas ekspres untuk merujuk nama-nama syarikat pengendali yang mempunyai permit Lesen Perubahan Sementara (LPS) di laman web SPAD, www.spad.gov.my bagi memastikan tiket yang dibeli adalah daripada pengendali bas yang sah.

"Ini juga bagi mengelakkan penumpang dari ditipu oleh ulat-ulat kerana bas yang mereka sediakan tanpa lesen sah dari SPAD mungkin tidak selamat, nama syarikat pengendali ini juga sepatutnya ada tertera di tiket yang dibeli termasuk nombor pendaftaran bas tambahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment