Saturday, August 27, 2011

Petronas Untung RM21.7b - Terengganu Turut Dapat Nikmat?

Petronas mengumumkan kenaikan 48.6 peratus dalam untung bersihnya kepada RM21.7 bilion bagi suku pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 daripada RM14.6 bilion pada suku yang sama sebelumnya.

Apakah Terengganu akan turut dapat nikmat daripada keuntungan ini?

Apakah bayaran dana khas kepada Terengganu akan bertambah tahun hadapan untuk tujuan pembangunan lebih pesat?

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin (22 Ogos 2011) lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata Kerajaan Pusat bersetuju membayar balik Dana Khas dari Royalti Petroleum Terengganu sebanyak RM1.7 billion termasuk RM770.344 juta yang digunakan Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk perlaksanaan projek itu di negeri lain dan Terengganu.

Katanya, jumlah itu sebahagian daripada RM2.1 billion yang dituntut kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan bagi wang royalti itu.

“Kerajaan negeri juga sedang berbincang untuk menyelesaikan beberapa isu bagi memuktamadkan baki RM400 juta lagi daripada jumlah sebenar RM2.1 billion seperti yang dituntut.

“Setakat ini, Kerajaan Pusat bersetuju membayar RM770.334 juta wang Dana Khas royalti Petroleum yang digunakan SPNB,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Haji Hadi Awang (PAS- Rhu Rendang).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas, kenaikan hampir 50 peratus ini disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh serta usaha kumpulan ke arah kecekapan.

Katanya, keuntungan sebelum cukai meningkat 44.4 peratus kepada RM30.9 bilion daripada RM21.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.

"Ini disebabkan oleh pengukuhan harga minyak mentah, usaha kami ke arah kecekapan dan keuntungan sebanyak RM2.6 bilion daripada pelepasan hak kumpulan terhadap Cairn India Ltd meskipun keadaan kos yang meningkat," kata

Pada suku pertama, purata harga penanda aras minyak mentah pada US$122.26 setong berbanding dengan US$76.14 setong pada suku yang sama sebelumnya.

Shamsul berkata perolehan bagi tiga bulan pertama naik 24.6 peratus kepada RM73 bilion daripada RM58.6 bilion in the suku pertama tahun kewangannya yang lepas disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dalam pelbagai produknya, sebahagiannya oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Pendapatan kumpulan sebelum faedah, pencukaian, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 3.7 peratus kepda 46.7 peratus daripada 43 peratus pada suku yang sama sebelumnya.

Shamsul berkata terdapat juga petunjuk yang kumpulan bergerak ke arah kelembapan.

"Berdasarkan kepada angka pada Julai, kami bergerak ke arah kelembapan bermula pada suku kedua hingga tahun depan," kata beliau pada taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan di sini.

Beliau menjangka harga minyak akan berlegar antara US$80 dan US$85 setong pada 2012.

"Dijangka akan berlaku kelembapan ekonomi kerana apa yang berlaku pada ekonomi global di AS dan Eropah...sama ada akan berlaku QE (usaha menyelamat) ketiga di AS. Kebimbangan utama ialah penurunan permintaan," katanya.

"Mengenai masa depan, melihat kepada asas dan angka yang ditunjukkan kini, tahun depan tidak begitu baik. Kami merancang belanjawan kami mengikut senario," katanya.

Semasa ditanya mengenai tinjauan masa depan bagi prestasi kumpulan bagi tahun kewangan semasa, Shamsul berkata: "Bagi sembilan bulan tahun kewangan lepas, PBT (keuntungan sebelum cukai) adalah RM60 bilion.

Bagi suku pertama tahun kewangan semasa, PBT adalah RM30.9 bilion. Kami gembira jika kami boleh mencapai RM62-70 bilion," katanya.

Petronas menukar akhir tahun kewangannya daripada 31 Mac kepada 31 Dis.

3 comments:

  1. Rakyat Tranung sentiasa bertuah.... http://rakyattranung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Mohon pautan - http://rakyattranung.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. rakyat Kelantang pong nak untung sama cuma tak nak sokong kerajaang BN ... apa kejadahnya ...

    ReplyDelete